Friday, August 5, 2011

PROSES RAWATAN ORTHODONTIK / PROSEDUR PEMAKAIAN PENDAKAP GIGI

Salam kembali, okes, since den skg dalam proses nak pakai braces, kat sini den nak share antara proses rawatan dan prosedur pemakaian pendakap gigi nih...

den dapat ni dari MAO ye..so, jom kita share antara rawatannyer...




PROSES RAWATAN ORTODONTIK


Di bawah, secara amnya, adalah senarai proses rawatan ortodontik.
1.Perundingan (Yuran rawatan)
2.Rekod
3.Pelan Rawatan
4.Rawatan
5.Pemegangan

PERUNDINGAN ORTODONTIK

Ini hanya temujanji perundingan.Hanya pemeriksaan akan dilakukan. Tiada rawatan akan diberi.Pakar ortodontik akan menasihatkan anda/anak anda mengenai apa yang difikirkan patut.Sekiranya ada apa-apa soalan, sila tanya pakar ortodontik.Sekiranya anda was-was dengan nasihat yang diterima, anda mungkin mahu mendapatkan nasihat daripada pakar yang lain.Anda patut mengetahui bahawa rawatan biasanya hanya akan dicadangkan jika anda/anak anda:

•Mempunyai kesihatan mulut yang baik, tanpa karies atau penyakit gusi
•Mempunyai kesihatan badan am yang baik
•Bermotivasi untuk menerima rawatan selama beberapa tahun
•Setuju menerima tanggungjawab sebagai pesakit

YURAN RAWATAN ORTODONTIK


Kos rawatan ortodontik mungkin berbeza di antara pesakit. Yuran yang dikenakan biasanya bergantung kepada kerumitan rawatan dan juga bahan yang digunakan semasa rawatan.

Lain-lain klinik mempunyai lain-lain cara dan pelan pembayaran. Pelan pembayaran yang tersendiri, yang memuaskan keperluan kewangan seseorang, sering didapati. Pembayaran juga boleh diagihkan sepanjang tempoh rawatan.

Sekiranya anda membuat keputusan menjalani rawatan ortodontik, pakar ortodontik anda akan membincang yuran dengan anda sebelum rawatan dimulakan.


PENGAMBILAN REKOD ORTODONTIK


Semasa temujanji ini, kami akan mengambil beberapa rekod. Ini termasuk salah satu/semua daripada berikut:

•Sejarah dan Pemeriksaan
•Acuan untuk Model Kajian
•Gambar muka dan gigi anda
•Radiograf di mana perlu

Rekod-rekod ini akan digunakan untuk memeriksa gigi dan gigitan anda dan merancang rawatan ortodontik anda. Rancangan ini akan dibincangkan denga anda pada temujanji depan. Sekiranya terdapat apa-apa soalan, sila tanya pakar ortodontik.


PELAN RAWATAN ORTODONTIK


Semasa temujanji ini, doktor akan berbincang dengan anda, pelan rawatan yang dia fikirkan sesuai untuk masalah anda. Pelan ini adalah pendapat pakar ortodontik ini. Doktor lain mungkin mempunyai pendapat berbeza. Sekiranya anda tidak yakin dengan pelan ini, anda boleh meminta pendapat pakar lain. Anda boleh mengambil masa berfikir mengenai pelan ini. Anda tidak perlu menerima/menolak pelan ini dengan segera.

Sekiranya anda bersetuju menerima pelan ini, anda perlu faham bahawa anda komited untuk menjalani rawatan selama 2-3 tahun dengan temujanji 1-2 bulan sekali. Anda juga bersetuju menerima tanggungjawab anda sebagai pesakit.

Ada juga yuran yang perlu dibayar berjumlah ………………. Jikalau alat ortodontik anda rosak/pecah berulang kali, anda mungkin diminta membayar untuk pembaikan/pembikinan aplians baru.


RAWATAN ORTODONTIK (Aplians Ortodontik Tetap)


Aplains ortodontik tetap adalah pendakap yang terlekat pada gigi. Ia tidak boleh dikeluarkan daripada mulut dan tak sepatutnya tertanggal.

Rawatan aktif biasanya, secara purata, mengambil masa 2 tahun. Sesetengah kes mengambil masa lebih lama dan sesetengahnya, lebih singkat. Selepas itu, anda biasanya akan diberi alat pemegang. Temujanji berkala biasanya diatur 1-2 bulan sekali.

Anda patut manjangka yang berikut:

•Kesakitan, perubahan suara dan kejadian ulser mulut dalam beberapa hari selepas alat ortodontik dipasang dan selepas ianya diubahsuai. Anda akan membiasakan diri selepas seketika. Jika perlu, anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang biasa.

•Ketidakselesaan semasa makan dan bunyi sendi rahang disebabkan perubahan dalam kedudukan gigi. Ini biasanya sementara sahaja dan akan reda selepas rawatan.

Kejayaan rawatan anda kebanyakanya bergantung kepada usaha anda sendiri. Anda harus mimikul tanggungjawab anda.

Anda mesti melakukan yang berikut semasa rawatan:

•Menjaga kebersihan mulut. Anda mesti memberus gigi setiap kali selepas makan. Guna ubat gigi berfluorida dan 'berus gigi botol' khas, jika perlu, untuk memberus di bawah wayar. Penggunaan kumur mulut berfluorida mungkin membantu.

•Makan makanan lembut sahaja. Makanan keras, besar dan melekit (kacang, keropok, daging liat, gum kunyah dll) akan merosakkan aplians alat ortodontik anda. Anda patut potong makanan anda sehingga kecil sebelum memakannya.

Jika anda mempunyai masalah dengan alat ortodontik anda, sila datang ke klinik secepat boleh untuk pemeriksaan.
TOLONG SIMPAN APA-APA YANG TANGGAL DARI GIGI ATAU APLIANS ANDA DAN TUNJUKKAN KEPADA DOKTOR.

Sekiranya anda tidak dapat memikul tanggungjawab anda, dan gigi anda mula dirosakkan akibat pemakaian alat ortodontik, rawatan anda mungkin dihentikan.


RAWATAN ORTODONTIK (Aplians Fungsi Dan Boleh Tanggal)

Aplians boleh tanggal adalah pendakap yang boleh dikeluarkan daripada mulut. Aplains fungsi adalah pendakap khas yang bertujuan memperbaiki hubungan rahang anda. Ia biasanya boleh tanggal. Ia hanya berkesan sekiranya anda bekerjasama dengan arahan kami.

 Arahan ini mungkin seperti berikut:

•Anda perlu memakainya hampir sepenuh masa. Ini termasuk bila ke sekolah, tidur, tengok TV dll.

•Anda patut hanya menanggalkannya bila berus gigi, bermain sukan lasak, makan, bercakap depan khayalak ramai dan berenang.

•Bila di luar mulut, simpankannya dalam bekas teguh, sebelum memasukkannya dalam beg, poket ataupun tempat lain.

•Bila memberus gigi, bersihkan aplians ini juga.


Anda patut menjangka yang berikut:


•Ketidakselesaan pada gigi dan otot rahang.
•Pengaliran air liur yang banyak.
•Kesusahan bercakap dan perubahan suara yang sementara.
•Kelonggaran aplians ini pada mulanya.

Anda akan membiasakan diri memakai aplians anda selepas seketika.
Jika anda mempunyai masalah dengan alat ortodontik anda, sila datang ke klinik secepat boleh untuk pemeriksaan.

TOLONG SIMPAN APA-APA YANG TANGGAL DARI GIGI ATAU APLIANS ANDA DAN TUNJUKKAN KEPADA DOKTOR.

Sekiranya anda tidak dapat memikul tanggungjawab anda, dan gigi anda mula dirosakkan akibat pemakaian alat ortodontik, rawatan anda mungkin dihentikan.


PEMEGANGAN ORTODONTIK
Anda selesai dengan rawatan ortodontik aktif. Anda akan diberi alat pemegang untuk dipakai. Tujuan alat ini adalah untuk megekang gigi anda dan mengelakannya kembali ke kedudukan asal (relaps).
Gigi dan gusi anda memerlukan masa untuk suai di kedudukan baru.

Contoh tempoh biasa pemakaian alat pemegang (alat boleh tanggal) ialah seperti berikut:

•6 bulan sepenuh masa.

•6 bulan separuh masa (contohnya malam sahaja).

•Pemakaian berterusan, beberapa malam seminggu, selama mahu.

Kadang-kadang, bergantung kepada masalah khusus anda, sekiranya anda ingin mengekalkan perubahan yang diperolehi, anda mesti memakai alat pemegang seumur hidup. Dalam kes begini, anda boleh memakai alat boleh tanggal seperti di atas, ataupun melekatkan seutas wayar pada gigi anda (alat pemegang tetap/lekat).  Doktor anda akan menasihatkan yang mana paling sesuai untuk anda.  Oleh kerana tumbesaran dan peningkatan umur, walaupun gigi anda lurus sekarang, kami tidak boleh menjamin ia kekal lurus selamanya. Cara terbaik untuk mengekalkan kedudukan gigi, ialah dengan pemakaian berterusan alat pemegang anda.

Anda perlu ikut arahan berikut:

•Alat pemegang boleh tanggal:

◦Pakai sebanyak yang diarah oleh doktor.
◦Tanggalkannya bila makan, bersukan lasak, memberus gigi dan berenang; bila-bila ia boleh dirosakkan.
◦Bila di luar mulut, simpankannya dalam bekas teguh, sebelum diletakkan dalam beg, poket atau tempat lain.
◦Bila berus gigi, bersihkan alat pemegang anda juga.

•Alat pemegang tetap/lekat:

◦Anda perlu menjaganya seperti bila memakai alat ortodontik aktif sebelum ini (pemberusan gigi, makanan dll)
◦Sekiranya tanggal, keseluruhannya atau separa, datang ke klinik secepat boleh, supaya ia boleh diperiksa.


okes..itu adalah serba sedikit tentang prosedur dan proses pemakaian braces ni...so skg ni saya dah sampai stage 4 iaitu rawatan..so next coming appoinment ni pada 11 ogos 2011...haish..takut gak..yg paling takut..gigi kene cabut..so korang....amacam??ada brani???nak cantek kene la brani ye dok..

ahaks..

ok lah..sharing is caring kan..

yauw..

chow bedah...

tata..

salam n thanks for reading ya!

2 comments:

Safiah Ibrahim said...

weh. nape nak pakai braces? comey je ko shikin..

Shikin said...

heheheh..gigi aku memang ada prob, doc advice dari aku sekolah rendah lg..skg baru dapat ilham untuk pakai..hihihihi..comey ke? berterabur duk ade..make up cavoer babe selama ni..hiihi

me and my love

me and my love
love forever